Terlibat Dalam Kemalangan, Lee Kwang Soo Umum Berehat Seketika Dari Semua Aktiviti
Pelakon, Lee Kwang Soo mendedahkan dia terlibat dalam satu kemalangan kecil, hujung minggu lalu…
Get well soon oppa!
Pelakon, Lee Kwang Soo mendedahkan dia terlibat dalam satu kemalangan kecil, hujung minggu lalu.
Susulan kemalangan itu, Lee Kwang Soo dilaporkan mengalami kecederaan di pergelangan kaki dan kini sedang mendapatkan rawatan.
Dia dilaporkan akan berehat seketika daripada semha aktiviti seninya termasuklah penggambaran program Running Man.
Perkara itu turut disahkan oleh agensinya, King Kong by Starship menerusi satu kenyataan.
“Petang 15 Februari lalu, Lee Kwang Soo yang dalam perjalanan untuk satu urusan peribadi dilanggar kenderaan lain yang melanggar isyarat lalu lintas.
“Setelah pemeriksaan lanjut, didapati dia mengalami retak di pergelangan kaki. Dia kini dirawat di hospital.
“Susulan itu, Lee Kwang Soo tidak dapat menyertai aktiviti seninya buat sementara waktu. Kami memohon pemahaman ramai dan dia akan fokus untuk segera sembuh,” tulis kenyataan itu.
Dipercayai, pelakon It’s Okay, That’s Love itu juga bakal menjalani pembedahan kecil untuk pergelangan kakinya, hari ini.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






