EXO Planet 5 ‘ExplOration’ Akan Kembali Ke Malaysia, Disember Ini!
Berita baik buat EXO-L Malaysia kerana berita yang dinanti-nantikan sudah tiba…
Berita baik buat EXO-L Malaysia kerana berita yang dinanti-nantikan sudah tiba.
Grup, EXO akan kembali dengan konsert jelajah mereka, EXO Planet 5 ‘ExplOration’ akan ke Malaysia pada 14 Disember ini.
Bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 6 petang dan dibawakan oleh Star Planet.
Uniknya konsert ini kerana hanya akan dihiasi dengan 6 orang ahli sahaja memandangkan Lay masih sibuk dengan aktiviti solo manakala Xiumin dan D.O kini menjalankan khidmat tentera mereka.

Dalam pada itu, EXO juga turut mengumumkan comeback terbaru pada November nanti, tak mustahil EXO-L Malaysia dapat menjadi yang pertama menyaksikan comeback itu di pentas luar negara.
Jualan tiket akan akan bermula pada 11 November menerusi jualan online. Akan tetapi ada berita baik buat ahli GETBATS kerana korang akan dapat membeli tiket lebih awal iaitu pada 30 Oktobet hingga November 3 di bit.ly/GETBATS_EXO.
Harga tiket adalah serendah RM248 hinggalah RM798. Sepanjang info lanjut boleh didapati di website Star Planet.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Foto:Star Planet
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




