Han Seo Hee, Jung Da Eun Cari Pasal Dengan Monsta X Wonho & Shownu, Agensi Akan Saman!
Nampaknya ahli Monsta X menjadi mangsa terbaru pasangan Han Seo Hee dan Jung Da Eun…
Nampaknya ahli Monsta X menjadi mangsa terbaru pasangan Han Seo Hee dan Jung Da Eun.
Sebelum ini, Jung Da Eun mendedahkan bahawa Monsta X, Wonho ada berhutang dengannya lebih 30,000 dolar dan mengelak untuk membayar hutang tersebut.
Kemudian, dia mengatakan bahawa Wonho pernah tinggal bersamanya dan mencuri barang-barang peribadinya.
Malah, bekas peserta realiti itu turut mendedahkan bahawa Wonho mempunyai rekod ditahan di juvana di bawah kesalahan mencuri.
Tuduhan Jung Da Eun itu mendapat perhatian netizen yang mengecamnya kerana dianggap cuba mendapatkan perhatian. Itu membuatkan ‘teman wanitanya’, Han Seo Hee mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap haters.
Jung Da Eun kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap idol tersebut
Starship Ambil Tindakan
Dalam pada itu, agensi Wonho iaitu Starship Entertainment mengeluarkan kenyataan media berkenaan perkara tersebut.
Katanya mereka akan memfailkan saman terhadap Jung Da Eun untuk ‘counter’semula saman yang dibuat oleh bekas peserta realiti tersebut.
“Kami merancang untuk memfailkan saman terhadap Jung Da Eun menerusi peguam kami.
“Kami akan mengeluarkan kenyatan rasmi dalam masa terdekat,” tulis kenyataan tersebut.
Shownu Jadi Mangsa
Sementara itu, Han Seo Hee kemudiannya memuat naik IG story mendedahkan bahawa ketua grup Monsta X, mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang telah berkahwin.
Bekas trainee itu turut berkongsi bukti dipercayai Katalk antara agensi, Starship Entertainment dengan suami wanita tersebut.
“Kami sudah bertanya kepada Shownu mengenai perkara ini dan dia mengatakan bahawa tidak langsung mengetahui bahawa wanita itu sudah berkahwin.
“Kalau dia tahu yang wanita itu sudah berkahwin kenapa dia berterusan bertemu? Shownu menjelaskan bahawa dia tidak merancang untuk bertemu dengan wanita tersebut pada masa akan datang.
“Shownu juga tidak berhubung dengan wanita itu sejak menerima panggilan telefon pada September 10 dan tidak mahu dikaitkan dengan kes saman antara anda berdua,” tulis agensi itu.
Buat masa ini, Starship masih lagi tidak memberikan respon terhadap perkara tersebut.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





