Gary Bakal Muncul Kembali Dalam Program The Return Of Superman Bersama Anak!
Nama Kang Gary bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan Korea Selatan. Sejak menjadi salah seorang ahli dalam program Running Man, dia semakin dikenali di mata dunia…
Nama Kang Gary bukanlah satu nama asing dalam industri hiburan Korea Selatan. Sejak menjadi salah seorang ahli dalam program Running Man, dia semakin dikenali di mata dunia.
Namun begitu, sejak mengumumkan keluar daripada Running Man pada tahun 2016 lalu, dia kemudiannya mengejutkan ramai apabila berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Kang Ha Oh yang berusia 2 tahun 2 bulan.

Rapper itu bagaimanapun jarang menunjukkan wajah anak lelaki kesayangannya di mata ramai. Malah, wajah isterinya itu juga turut menjadi tanda tanya para peminat.
Akan tetapi, berita baik buat peminat Gary apabila dia bakal muncul dalam program realiti kegemaran ramai bersama anaknya iaitu The Return of Superman.
Episod pertama Gary bersama anaknya dijadualkan menemui penonton pada Februari ini.
Untuk pengetahuan, program tersebut mengisahkan hubungan antara bapa dan anak dimana mereka akan mengadakan aktiviti bersama tanpa kehadiran ibu.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






