Momoland Daisy Dedah Penipuan Dalam Program ‘Finding Momoland’, CJ ENM Bagi Penjelasan
Setelah program Produce X 101 dilaporkan terdapat unsur penipuan dari segi pemilihan kesebelasan ahlinya, tamil lagi satu tuduhan sama untuk program ‘Finding Momoland’…
Setelah program Produce X 101 dilaporkan terdapat unsur penipuan dari segi pemilihan kesebelasan ahlinya, tamil lagi satu tuduhan sama untuk program ‘Finding Momoland’.
Pendedahan itu dibuat oleh ahli Momoland, Daisy yang melaporkan bahawa tempatnya di dalam Momoland telah disediakan khas walaupun dia sudah tersingkir awal.
Daisy kemudiannya menjadi ahli grup tersebut setelah enam bulan Momoland debut.
Sementara itu, Daisy turut mendedahkan bahawa kesemua ahli grup diwajibkan untuk membayar kos produksi program tersebut.
“Kos tersebut telah dibahagi-bahagikan oleh kesemua ahli Momoland. Saya ingatkan ia perkara biasa jadi saya pun bayar sahajalah,” dedahnya.
Dalam pada itu, CJ ENM mengeluarkan kenyataan bahawa produksi tersebut adalah ‘outsource’ syarikat dan tugas mereka hanya sebagai stesen yang menyiarkan program itu sahaja.
“Kami tidak ada kaitan dari segi ujibakat, pemilihan peserta, pemenang dan lain-lain,” kata kenyataan tersebut.
Selain itu, Daisy juga kini dalam proses untuk menamatkan kontrakny bersama Momoland. Dia juga turut berhenti dari sebarang aktiviti promosi bersama grup tersebut sejak Februari 2019.

Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






