Get Ready Buddy! GFriend Bakal Ke Malaysia Jun Ini, Jualan Tiket Bermula 6 April
Grup Kpop, GFriend buat julung kalinya bakal ke Malaysia, Jun ini sempena GFriend Asia Tour [Go Go Friend] In Kuala Lumpur…
Grup Kpop, GFriend buat julung kalinya bakal ke Malaysia, Jun ini sempena GFriend Asia Tour [Go Go Friend] In Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan oleh penganjur rasmi Macpiepro.
GFriend akan menemui peminatnya di Malaysia pada 29 Jun 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.
Untuk pengetahuan, pembelian tiket & hits deal bermula pada 30 Mac lalu hingga 7 April ini di kedai gaya hidup digital Mcalls dan laman web
rasmi Mcalls Https://mcalls.asia.
Manakala, jualan tiket secara offline pula pada 6 & 7 April, jam 12 pm di kedai gaya hidup digital Mcalls dan jualan Tiket Online pula bermula 8 April 2019, jam 12pm di laman web rasmi MacpiePro http://www.macpiepro.com & MMspot Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.
Tiket konsert dijual pada harga RM168 (Zon Hijau), RM238 (Zon Kuning), RM338 (Zon Merah),
RM398 (Zon BUDDY) dan RM548 (Zon BUDDY Pakej VIP).
Menariknya, zon BUDDY Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan ‘soundcheck’ kepada Fans.
Fans yang membeli tiket bagi
mana-mana zon dari portal tiket rasmi kami dalam minggu pertama berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh GFRIEND melalui cabutan bertuah.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





