Gabungan Artis Dalam & Luar Negara Termasuk Chungha Di UChat Songkran Day-Out
Malaysia bakal menerima kehadiran artis-artis dalam dan luar negara bersempena pesta Uchat Songkran Day-Out…
Malaysia bakal menerima kehadiran artis-artis dalam dan luar negara bersempena pesta Uchat Songkran Day-Out.
Bakal diadakan pada 13 & 14 April ini bertempat di Setia City Oval Lawn, Setia Alam bermula jam 10 pagi hingga 9 malam.
Muat turun UChat sekarang dan dapatkan tiket untuk keseronokan.
Uniknya, acara ini menggabungkan tiga elemen iaitu konsert, aktiviti air dan makanan.
Antara artis yang bakal memeriahkan suasana terdiri daripada bintang Kpop, Chungha, kumpulan wanita idola Thailand, BNK48 serta penyanyi Jerman-Thai, Jannine Weigel.

Selain itu, ia turut menampilkan artis tempatan seperti kumpulan rock Bunkface, pelakon dan penyanyi popular Elizabeth Tan; penyanyi Malaysia berpangkalan di Taiwan, Min Chen; penyanyi EDM-Mandopop yang semakin dikenali, Priscilla Abby dan bintang remaja Asad Motawh.
Apa yang pasti, UChat Songkran Day-Out mengandungi pelbagai aktiviti permainan tema air yang mesra keluarga, antaranya Waterfun Family Zone, Water Gun Fun Zone, Giant Bubble Playland dan Rock Paper Scissors Water War.

Bagi sesiapa mahukan sesuatu yang mencabar boleh menyertai Water Tournament dan menentang pasukan lawan dalam permainan seperti Water Gun Deathmatch, Water Balloon Dodgeball, Giant Water Pong, Water Balloon Volleyball, Water Soccer dan Tug of War.
Tiket ke UChat Songkran Day-Out berharga RM189 (VIP Experience) dan RM139 (Premium Zone) untuk sehari. Pemegang tiket VIP Experience layak berada berdekatan pentas serta mendapat kemeja-T rasmi dan hadiah misteri selain pas sehari ke Waterfun Activities, Waterproof Phone Sleeve and Concert Kit yang turut diperoleh pembeli tiket Zon Premium.
1,000 pembeli pertama untuk dua kategori tiket ini layak mendapat diskaun 20%.
Dalam pada itu, sesiapa yang hanya mahu menyertai aktiviti air tanpa menonton konsert, tiket Basic Zone berharga RM49 (RM25 untuk kanak-kanak).
Semua tiket hanya boleh dibeli menerusi aplikasi UChat yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau App Store.
Pemegang tiket VIP Experience juga layak menyertai Challenge the InstaCelebs di mana mereka boleh membentuk pasukan bersama empat lagi pemegang tiket VIP Experience atau Premium Zone menempah slot menerusi aplikasi UChat untuk mencabar sebahagian daripada 36 InstaCelebs yang berada di situ dalam pertarungan epik air.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web uchat.com.my/events atau ikuti @UChat di Facebook dan Instagram #UChatSongkran
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





