Roy Kim Salah Seorang Ahli Grup Chat Jung Joon Young?
Semalam, media Korea Selatan melaporkan bahawa penyanyi, Roy Kim merupakan salah seorang ahli grup chat kontroversi Jung Joon Young…
Semalam, media Korea Selatan melaporkan bahawa penyanyi, Roy Kim merupakan salah seorang ahli grup chat kontroversi Jung Joon Young.
Menurut sumber, Roy Kim berada di dalam grup chat bersama 7 ahli lain termasuklah Joon Young dan bekas ahli FT Island, Jonghun.
Selain itu, terdapat juga laporan mengatakan bahawa terdapat sebanyak 23 grup chat melibatkan 23 orang yang tahu mengenai kamera tersembunyi itu.
“13 daripada 16 individu akan disoal siasat. Tujuh daripada mereka sudah disoal dan kemungkinan besar lebih ramai lagi berdasarkan soal siasat bersama saksi.
“Berkaitan Roy Kim, kami akan lihat selepas lebih banyak soal siasat dilakukan,” kata sumber polis.
Dalam pada itu, label Roy Kim juga turut memberikan kenyataan mereka.
“Kami masih belum mendapatkan kenyataan daripada Roy Kim memandangkan dia kini berada di luar negara kerana menyambung pelajaran,” tulis kenyataan tersebut.
Sumber:Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






