Girl’s Day, Hyeri Kena Warning Dengan Suruhanjaya Piawaian Komunikasi Korea Selatan, Kenapa?
Ahli Girl’s Day, Hyeri dikenakan warning dan bakal dikenakan penalti berikutan tingkah lakunya dalam program Amazing Saturday- Doremi Market yang ditayangkan pada Julai 6 lalu…
Ahli Girl’s Day, Hyeri dikenakan warning dan bakal dikenakan penalti berikutan tingkah lakunya dalam program Amazing Saturday- Doremi Market yang ditayangkan pada Julai 6 lalu.
Difahamkan ketika bersiaran, Hyeri dilihat mempromosikan nama pusat beli-belah yang diuruskan adiknya semasa kamera close-up kepadanya.
Setelah menilai perkara tersebut, Suruhanjaya Piawaian Komunikasi Korea Selatan (KOCSC) mengeluarkan kenyataan berikut.
“Individu tersebut menggunakan siaran itu untuk tujuan peribadi. Ia sedikit berbeza dengan pemilik yang menggunakan waktu siaran untuk tujuan promosi.
“Bintang idol mempunyai pengaruh yang besar untuk kanak-kanak dan juga remaja. Perniagaan yang bintang ini promosikan di program selalunya mempunyai impak jadi harus berhati-hati,” tulis kenyataan tersebut.
Selain Hyeri, pihak produksi program tersebut juga akan dikenakan penalti. Dalam pada itu, pihak produksi juga turut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka mengenai isu tersebut.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




