Tidak Lagi Mahu Menyanyi Atau Menari, Adakah Ini Tanda Krystal f(X) Ingin Berhenti Jadi Idol?
Ahli grup f(X), Krystal mendedahkan bahawa dia tidak lagi mahu menyanyi ataupun menari seterusnya menamatkan kariernya sebagai seorang idol. ..
Ahli grup f(X), Krystal mendedahkan bahawa dia tidak lagi mahu menyanyi ataupun menari seterusnya menamatkan kariernya sebagai seorang idol.
Dia berkata demikian dalam satu temu bual bersama majalah Urbanlike mengakui bahawa dia kini banyak berfikir mengenai karier sebagai solo.
“Saya banyak menghabiskan masa berfikir mengenai diri saya sebagai seorang penghibur solo. Saya sukakan banyak benda tapi tak tahu apa yang harus saya lakukan.
“Saya tidak mahu menari dan menyanyi lagi kerana perkara itu sudah saya lakukan bersama grup f(X),” katanya.
Kata-katanya itu sekaligus seperti menunjukkan bahawa kesemua ahli f(X) akan melakukan aktiviti individual apatah lagi, Victoria kini sibuk dengan aktiviti di China manakala Amber dan Luna juga focus dengan karier solo mereka sebagai penyanyi.
Krystal kini juga sibuk dengan kariernya sebagai pelakon malah sudah membintangi beberapa drama untuk tahun ini sahaja.
Kali terakhir grup tersebut comeback adalah pada tahun 2015 menerusi studio album, 4 Walls.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




