Wakil Big Hit Jelaskan Maksud ‘Cuti Panjang’ BTS…
Umum mengetahui bahawa BTS akan mengambil cuti panjang untuk mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan semula konsert jelajah mereka…
Umum mengetahui bahawa BTS akan mengambil cuti panjang untuk mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan semula konsert jelajah mereka.
Bagaimanapun, tidak mahu orang ramai khususnya Army salah anggap dengan istilah cuti tersebut, wakil agensi mereka, Big Hit yang mewakili grup itu juga menjelaskan kepada media mengenai perkara tersebut.
“Ramai melaporkan bahawa BTS akan ‘cuti panjang’atau hiatus tapi ini adalah untuk memperjelaskan situasi sebenar.
“Ya, BTS akan cuti sebentar tapi mereka memang berhak untuk bercuti.
“Kami juga ingin memastikan Army, peminat, rakan-rakan dan juga media bahawa ahli BTS sangat teruja dan tidak sabar untuk kembali beraksi di atas pentas untuk konsert jelajah di stadium.
“Akan ada banyak lagi berita tentang BTS dan majlis pada masa akam datang! “kata wakil tersebut.
Sebelum ini, Army teruja apabila BTS dapat berehat selama 2 bulan setelah bertungkus-lumus dengan aktiviti seni mereka sepanjang tahun.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




