KBS Jawab Khabar Angin Konon 2 Days & 1 Night Akan Kembali Bersiaran
Baru-baru ini terdapat khabar angin mengatakan bahawa program realiti, 2 Days & 1 Night akan kembali bersiaran setelah ia dihentikan seketika pada Mac tahun ini…
Baru-baru ini terdapat khabar angin mengatakan bahawa program realiti, 2 Days & 1 Night akan kembali bersiaran setelah ia dihentikan seketika pada Mac tahun ini.
Susulan itu, KBS memberika kenyataan mengenai perkara tersebut.
“Memang ada perbincangan untuk kembalikan program tersebut dan ia memang sedang dibincangkan secara serius. Namun, tiada kata putus lagi buat masa ini.
“Menurut laporan, memang betul bahawa PD Kim Sung meletak jawatan daripada program 2 Days & 1 Night itu akan tetapi masih belum dipastikan sama ada PD program ‘The Return Of Superman’ akan menyertai rancangan tersebut,” kata kenyataan tersebut.
Sebelum ini, program tersebut ‘berehat’ seketika setelah salah seorang ahlinya, Jun Joon Young terlibat dengan skandal. Walaupun footagenya dalam program tersebut telah diedit keluar namun netizen memohon agar program tersebut diberhentikan seketika.
Selain Jung Joon Young, dua lagi ahlinya, Kim Joon Ho dan Cha Tae Hyun juga turut dilaporkan berjudi menyebabkan kedua-dua berehat daripada industri.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



