Som Hye In Mengaku Biseksual, Akan Ambil Tindakan Undang-Undang?
Baru-baru ini, bekas peserta Idol School, Som Hye In mengaku dirinya adalah bisexual malah berkongsi beberapa foto mesranya bersama teman wanita di Instagram…
Baru-baru ini, bekas peserta Idol School, Som Hye In mengaku dirinya adalah bisexual malah berkongsi beberapa foto mesranya bersama teman wanita di Instagram.
“Saya adalah bisexual dan saya ada teman wanita sekarang,” tulisnya menjawab persoalan ramai.
Dalam pada itu, dia turut memberikan kenyataan panjang di Insta Story sekiranya ada yang bertindak melampau batas.
“Saya dalam satu perhubungan dan ia tidak salah. Saya dengan yakin mengakui perkara itu tapi saya tidak melakukannya untuk cari publisiti murahan. Apa jenis manusia yang sesenang itu nak buat pengakuan macam ni?
“Ada orang yang tak boleh terima hubungan sejenis. Ya, kamu boleh membencinya. Kepada mereka yang mempunyai pandangan sendiri, saya tidak memaksa anda untuk faham atau suka kepada homeseksual.
“Saya sama sekali tidak meminta anda untuk menyukai atau perasan saya dan sesungguhnya saya tidak sangka akan menerima perhatian seperti ini. Saya cuma tidak mahu menyorokkan kenyataan bahawa saya kini sedang dating dan bercinta sama seperti orang lain,” tulisnya.
Sebelum ini, Som Hye In merupakan salah seorang peserta di Idol School pada tahun 2017 namun terpaksa meninggalkan program realiti tersebut kerana masalah kesihatan.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



