Han Seo Hee Ke Pejabat Pendakwaraya Untuk Beri Kenyataan Kes Dadah B.I & Yang Hyun Suk
Bekas trainee, Han Seo Hee dilihat hadir ke pejabat Pendakwaraya pada 23 Jun bagi memberikan kenyataan berkaitan satu kes dadah…
Bekas trainee, Han Seo Hee dilihat hadir ke pejabat Pendakwaraya pada 23 Jun bagi memberikan kenyataan berkaitan satu kes dadah.
Memetik Koreaboo,dia hadir bersama peguamnya dilihat terus disoal oleh para wartawan yang ada di premis tersebut.
Han Seo Hee bagaimanapun hanya memberikan kenyataan pendek mengatakan bahawa dia harus bertemu dengan Pendakwaraya.
Kemudian, peguam Han Seo Hee mengesahkan bahawa tujuan wanita itu hadir ke premis berkenaan berkait rapat dengan kes dadah melibatkan bekas ketua iKON dan pengasas YG Entertainment, Yang Hyun Suk.
“Ya, memang ada ugutan berlaku (dalam kes tersebut),” jelasnya pendek.
Sebelum ini, B.I mengundur diri daripada kumpulannya setelah dikaitkan dengan kea dadah pada tahun lalu. Han Seo Hee muncul menjelaskan bahawa dia bertanggungjawab menjual dadah jenis LSD itu kepada rapper tersebut.
Namun begitu, B.I disahkan bebas daripada penggunaan dadah. Akan tetapi, dipercayai Han Seo Hee diugut oleh Yang Hyun Suk supaya menukar kenyataannya berkaitan kes tersebut.
Kini, pihak Pendakwaraya sedang menyiasat kes sama ada terdapat bukti bahawa Han Seo Hee diugut berkaitan dengan kes tersebut.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






