Woo Do Hwan Bakal Jalani Khidmat Tentera Pada 6 Julai Ini!
Pelakon, Woo Do Hwan berkongsi surat tulisan tangannya di Instagram hari ini mengumumkan tarikh dia menjalani khidmat tentera…
Pelakon, Woo Do Hwan berkongsi surat tulisan tangannya di Instagram hari ini mengumumkan tarikh dia menjalani khidmat tentera.
Berikut merupakan butir-butir surat tersebut:
“Anda mungkin terkejut dengan berita ini namun sebab utama saya menulis surat ini adalah untuk menjadi yang menyampaikan perkara ini kepada anda semua.
“Saya akan mula menyertai tentera pada 6 Julai ini. Saya rasa bersalah kerana tidak boleh bertemu dengan anda untuk menyampai berita ini.
“Saya merasa sangat gembira untuk kesemua projek saya serta bersyukur dengan sokongan yang anda semua berikan.
“Terima kasih kerana bersama-sama saya ketika usia 20 an, kerana anda semua saya sangat gembira pada zaman itu.
“Saya berharap anda semua akan kekal gembira dan sihat di waktu sukar ini. Saya akan kembali dengan kesihatan yang baik serta projek yang memberansangkan.
“Saya sayang anda semua. Tiada kata yang boleh menjelaskan betapa bersyukurnya saya kepada anda,” tulisnya.
Dalam pada itu, agensi pelakon yang popular dengan drama The King: Eternal Monarch iaitu Keyeast turut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut.
“Atas sebab keselamatan dan kesihatan, kami mengambil keputusan untuk tidak berkongsi tarikh dan tempat Woo Do Hwan memasuki tentera.
“Selain itu, sidang media juga tidak akan dilakukan baik kepada media mahupun peminat.
“Kami memohon agar anda semua terus memberikan sokongan terhadapnya supaya dia boleh menjalani khidmat tenteranya,” tulis kenyataan itu.
Sumber: Instagram & Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






