“He’s So Soft, Please Protect Him,” – Netizen Terhibur Bila Blink Ini Sedih Pasal Jennie Blackpink
Baru-Baru ini, kecoh apabila ada peminat Blackpink yang inginkan rapper dan vokalis grup tersebut keluar daripada kumpulan tersebut…
Baru-Baru ini, kecoh apabila ada peminat Blackpink yang inginkan rapper dan vokalis grup tersebut keluar daripada kumpulan tersebut.
Isu tersebut dibangkitkan setelah Jennie terpaksa keluar daripada pentas kerana masalah kesihatan semasa konsert jelajah mereka di Macau kerana masalah kesihatan.
Bagaimanapun, konsert diteruskan seperti biasa oleh 3 lagi ahli Blackpink iaitu Jisoo, Rose dan Lisa. Jennie juga dilihat memuat naik permohonan maaf kepada Blink kerana masalah kesihatannya itu.
Susulan itu, kecoh di Twitter apabila seorang Blink (peminat Blackpink) meluahkan kesedihan kepada kakaknya ekoran isu Jennie tersebut.
Dia kelihatan sungguh-sungguh menyukai Jennie dan tidak suka apabila mendapat tahu mengenai petisyen tersebut.
Perkongsian oleh kakaknya di laman Twitter itu mendapat banyak perhatiann netizen. Rata-rata mengatakan bahawa kanak-kanak berusia 10 tahun itu adalah Blink sejati.
Alahai comelnya! Apa-apapun, K-Variety yakin yang Papa YG tak akan benarkan Jennie tinggalkan Blackpink.
Sumber: Twitter Aisya Zainal
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



