#WelcomeBackDaniel Trending Di Twitter, Peminat Teruja!
Bekas ahli Wanna One, Kang Daniel sebelum ini menyepikan diri dari industri seni seketika apabila terlibat dengan isu bersama syarikat rakamannya…
Bekas ahli Wanna One, Kang Daniel sebelum ini menyepikan diri dari industri seni seketika apabila terlibat dengan isu bersama syarikat rakamannya.
Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan turut memutuskan hubungan dengan rakan-rakan selebriti lain apabila bertindak menukar nombor telefonnya.
Berikutan itu, ramai peminat Daniel risau dan sentiasa ternanti-nanti perkembangan terbaru idol tersebut.
Ternyata, penantian mereka berbaloi apabila Daniel semalam membuat Instagram Live serta menegur para peminatnya menerusi medium itu.
Bukan itu sahaja, hashtag #WelcomeBackDaniel juga turut trending di laman Twitter.
Moga-moga dengan kembalinya Daniel di laman media sosial ini turut menunjukkan bahawa dia juga akan kembali ke industri seni Kpop. Finger cross!
Sumber: Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



