Lompat Pagar Sebab Nak Jumpa Peminat Berkerusi Roda, Teruk BTS Jungkook Diserbu!
Sayang betul BTS pada Army ya sampai sanggup lompat pagar keselamatan demi nak jumpa peminat mereka yang kurang upaya!…
Sayang betul BTS pada Army ya sampai sanggup lompat pagar keselamatan demi nak jumpa peminat mereka yang kurang upaya!
Itulah yang dilakukan oleh maknae BTS, Jungkook dalam salah satu persembahan mereka di Paris, baru-baru ini.
Difahamkan, Jungkook menyedari kehadiran salah seorang peminatnya berkerusi roda dan bertindak melompat pagar untuk bertemu dengan peminat tersebut.
Bagaimanapun, tindakannya itu memakan dirinya apabila dia terus diserbu peminat sejurus selepas melakukan aksi berbahaya itu.
Susulan itu, video dia perlu diselamatkan beberapa ahli sekuriti sebelum melompat semula ke atas pentas viral di laman Twitter.
Di laman media sosial, peminat melahirkan rasa kesal kerana tindakan Army yang berada di persembahan itu bukan sahaja membahayakan Jungkook namun diri mereka sendiri.
Tapi, pada pendapat K-Variety sendiri, kadang-kadang aksi itu terjadi di luar kawalan. Yalah, artis kesayangan kan? Apa-apapun, harapnya lepas ni para Army diminta bawa bertenang ya. Yang penting jaga keselamatan diri korang.
Sumber: Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



