Hyun Bin Masih Single! Agensi Nafi Ada Hubungan Dengan…
Agensi aktor Korea Selatan, Hyun Bin iaitu VAST Entertainment menafikan bahawa pelakon drama Memoriea Of Alhambra itu berpacaran dengan pelakon, Son Ye Jin…
Agensi aktor Korea Selatan, Hyun Bin iaitu VAST Entertainment menafikan bahawa pelakon drama Memoriea Of Alhambra itu berpacaran dengan pelakon, Son Ye Jin.
Penafian itu dibuat sejurus selepas foto kedua-dua pelakon yang berlakon sama dalam filem The Negotiation ‘shopping’ bersama di Amerika Syarikat, viral di sosial media.
Menurut kenyataan daripada agensi tersebut, kedua-dua pelakon itu ditemani rakan masing-masing namun memandangkan hanya mereka berdua merupakan selebriti maka ada yang tersalah sangka.
Ini bukanlah kali pertama Hyun Bin dan Son Ye Jin digosipkan bercinta.
Sebelum ini, hubungan mereka dihidu netizen apabila kedua-duanya dilihat menikmati makan malam bersama serta turut bermain golf bersama-sama.
Dalam pada itu, Hyun Bin juga pernah mengeluarkan kenyataan tidak mencari teman wanita buat masa ini kerana sibuk dengan kerja.
Dia juga pernah bercinta dengan Song Hye Kyo dan Kang Sora.
Sumber:Allkpop
Foto:Carian Google
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



