Ini Dia 5 Ending KDrama Yang Netizen Tak Puas Hati
Semalam menyaksikan pengakhiran untuk drama Memories Of Alhambra namun rata-rata netizen kelihatan tidak berpuas hati dengan ending drama itu…
Semalam menyaksikan pengakhiran untuk drama Memories Of Alhambra namun rata-rata netizen kelihatan tidak berpuas hati dengan ending drama itu.
Malah, ramai dilihat mengecam penulis skrip drama tersebut dan menyuruh individu itu tidak lagi terlibat dalam penulisan skrip kerana terlalu kecewa dengan ending drama tersebut.
Oleh itu, K-Variety ingin berkongsi 5 ending drama yang banyak menaikkan ‘darah’ netizen.
Scarlet Heart: Ryeo
Ramai yang tak puas hati bila ending drama tersebut habis begitu sahaja. Walaupun ada lag upgrade sikit daripada novel asal namun peminat mengharapkan ada sinar buat dia teraju utama drama itu.
Cheese In The Trap
Permulaan drama yang sangat baik namun menjengah ke pertengahan cerita, jalan ceritanya agak membosankan. Endingnya juga kelihatan tergantung. Difahamkan, endingnya seperti itu kerana manhwa tersebut masih belum tamat.
Uncontrollably Fond
Episod 1 lagi dah sedih. Mungkin ramai yang mengharapkan watak hero akan hidup tapi…
Remember: War Of The Son
Cerita yang sangat best. Walaupun endingnya agak real, tapi ramai yang kecewa dengan pengakhiran buat hero dan heroin.
Goblin: The Lonely And Great God
Mungkin ramai yang pelik kenapa Goblin tersenarai tapi sebenarnya ramai yang tak puas hati Goblin habis macam tu sahaja. Alasan writer-nim adalah ‘terpulang pada imaginasi penonton masing-masing’.
Foto:Carian Google
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



