“I Am Always Sorry” – Ini Ucapan Hari Lahir Key Buat Kim Jonghyun
Hari ini merupakan hari lahir mendiang Kim Jonghyun yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan SHINee…
Hari ini merupakan hari lahir mendiang Kim Jonghyun yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan SHINee.
Susulan itu, para peminat yang turut dikenali sebagai Shawols mengingati idol tersebut serta mengucapkan selamat hari lahir buatnya.
Untuk pengetahuan, jika mendiang masih hidup, dia kini berusia 30 tahun.
Dalam pada itu, turut sama mengucapkan hari lahir kepada Jonghyun adalah salah seorang ahli grup itu iaitu Key atau nama sebenarnya, Kim Ki Bum.
“Selamat hari lahir, saya rindukan anda sangat-sangat. Saya sentiasa rasa bersalah dan sentiasa sayangkan anda,” tulisnya.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian netizen. Rata-rata turut sama melahirkan rasa sedih mereka.


Terdahulu, Jonghyun ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya dan disahkan meninggal dunia pada 18 Disember 2017.
Sumber: IG SHINee Key
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






