‘Streamer’ Ini Cuba Bunuh Diri Ketika Sedang Siaran Langsung. Mengejutkan!
Salah seorang streamer Afreeca Tv dikenali sebagai Yeosoon mengejutkan ramai apabila cuba membunuh diri ketika bersiaran secara langsung pada 7 April lalu…
Salah seorang streamer Afreeca Tv dikenali sebagai Yeosoon mengejutkan ramai apabila cuba membunuh diri ketika bersiaran secara langsung pada 7 April lalu.
Memetik laporan Allkpop, Yeoasoon dipercayai secara tiba-tiba mula mengelar pergelangan tangannya sebelum menyebut kecaman netizen terhadapnya.
“Saya akan ikut apa yang anda suruh saya lakukan. Jangan mencarut * kita semua makan ubat kemurungan.
“Saya tak kisah kalau kena ‘ban’ selama-lamanya dan tak boleh buat ‘live stream’ lagi.
“Kata-kata terakhir saya untuk anda semua adalah masa saya pukul xx, masa itu mereka suntik saya dengan dadah masa saya sedang tidur. Mereka cuba buat saya kelihatan seperti orang bersubahat dengan gunakan dadah dan ubat tidur,” katanya.
Mujur salah seorang ‘live streamer’dikenali sebagai BJ Boa segera menelefon polis dan menghentikan cubaan Yeosoon.
Sebelum ini, dia dipercayai sudah beberapa cuba membunuh diri malah pernah juga memuat naik video di Youtube mendedahkan sebab dia berbuat demikian.
Selain itu, dia juga mempunyai masalah depresi dan serangan panik berikutan kecaman daripada netizen.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






