I.O.I Bakal Ada Reunion, Chung Ha Dah Sahkan!
Cakap-cakap bahawa grup produce 101 musim pertama iaitu I.O.I bakal mengadakan reunion sudah lama diperkatakan namun sehingga kini tiada kata putus mengenainya…
Cakap-cakap bahawa grup produce 101 musim pertama iaitu I.O.I bakal mengadakan reunion sudah lama diperkatakan namun sehingga kini tiada kata putus mengenainya.
Namun itu tidak membuatkan para peminat grup tersebut berhenti berharap.
Selain itu, baru-baru ini ada berita melaporkan bahawa grup tersebut bakal comeback tanpa Somi namun agensi kesemua bekas ahlinya menafikan perkara tersebut.
Bagaimanapun, akhirnya salah seorang bekas ahli grup tersebut yang kini bergerak solo iaitu Chung Ha mengesahkan perkara tersebut.
Ketika muncul dalam rancangan Fact In Star, penyanyi lagu Gotta Go itu sempat berterima kasih kepada peminat I.O.I dan meminta agar mereka bersabar sedikit masa lagi.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan berapa ramai ahli yang akan ada untuk reunion itu.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




