Nama B.I Dibuang Sebagai Produser Lagu iKON Di Melon
Sudah jatuh ditimpa tangga…
Sudah jatuh ditimpa tangga…
Setelah mengumumkan pemergiannya daripada grup iKON, nampaknya industri Muzik Korea Selatan cuba untuk memadam nama B.I terus menerusi lagu-lagu yang ditulisnya.
Ini berikutan nama B.I telah memadam nama B.I atau nama sebenarnya Kim Hanbin sebagai penulis lagu dan produser untuk lagu-lagu grup itu.
Antara lagu hits yang pernah ditulis B.I adalah Love Scenario yang memenangi anugerah Songs Of The Year tahun lalu.
Malah, apa yang menyedihkan apabila hasil kerjanya yang tinggal adalah projek solonya serta projek-projek sebelum debut seperti Mix & Match dan lain-lain.
Ini ternyata menaikkan kemarahan iKONIC malah turut trending di Twitter adalah nama B.I.
Sebelum ini, bekas agensi B.I mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa penyanyi itu yang memilih untuk tidak meletakkan namanya sebagai penulis lirik dan komposer namun peminat melihat perkara itu sebagai pelik.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




