Big Bang, T.O P bakal Discharge Lagi 2 Hari!
Rapper grup Big Bang, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun bakal menamatkan perkhidmatan awamnya pada 6 Julai ini!..
Rapper grup Big Bang, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun bakal menamatkan perkhidmatan awamnya pada 6 Julai ini!
Sepatutnya, dia bakal tamat pada 8 Julai namun menerusi satu kenyataan rasmi tempat T.O.P berkhidmat mengatakan bahawa servisnya itu bakal ditamatkan 2 hari awal.
Untuk pengetahuan, T.O.P berkhidmat sebagai pekerja awam di Muzium Kraf yang terletak di Yongsan sejak Januari tahun lalu.
“Muzium buka seperti biasa pada hari Sabtu (6 Julai) namun ditutup pada Isnin berikutnya (8 Julai). Oleh itu, T.O.P secara rasminya akan tamat berkhidmat pada malam Sabtu, 6 Julai dan bukannya 8 Julai,” katanya kenyataan tersebut.
Sebelum ini, T.O.P pernah terlibat dengan kes dadah jenis Marijuana pada tahun 2017 lalu membuatkan tempoh panjang untukberkhidmat dalam tentera (yang kemudiannya ditukar menjadi perkhidmatan awam).
Selain T.O.P, G-Dragon, Taeyang dan Daesung juga dijangka menamatkan khidmat tentera mereka tahun ini.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



