Tak Akan Tarik Balik Laporan Polis, Pihak Produksi ‘The Law Of Jungle’ Berdepan Kritikan
Hujung minggu lalu menyaksikan program ‘The Law Of Jungle’ berdepan dengan siasatan pihak polis Thailand apabila mereka menyiarkan rakaman para pelakonnya menangkap hidupan laut terlindung semasa melakukan penggambaran di negara itu…
Hujung minggu lalu menyaksikan program ‘The Law Of Jungle’ berdepan dengan siasatan pihak polis Thailand apabila mereka menyiarkan rakaman para pelakonnya menangkap hidupan laut terlindung semasa melakukan penggambaran di negara itu.
Lebih menaikkan kemarahan ramai apabila surat pihak berkuasa tempatan terang-terangan menjelaskan bahawa tiada video tangkapan akan ditayangkan dan semua krew dan pelakon akan diawasi oleh pihak berkuasa sepanjang mereka berada di sana.
Namun begitu, lain pula yang berlaku apabila rakaman minggu lalu menunjukkan pelakon, Lee Yeol Eum secara bersahaja menangkap hidupan laut jenis bercengkerang seterusnya memasak dan memakannya.
Difahamkan, episod minggu ini bakal menunjukkan lebih ramai pelakonnya menangkap dan memakan spesis hidupan laut terancam itu.
Dalam pada itu, pihak produksi sudah mengemukakan permohonan maaf kepada kerajaan Thailand namun pihak mereka tetap berkeras untuk mengambil tindakan undang-undang.
Sekiranya didapati bersalah, mereka akan didenda sebanyak 20,000 baht (760,000 won) atau 5 tahun penjara.
Pihak berkuasa Thailand juga kini sedang mencari aktress tersebut bagi membantu siasatan.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



