“Walaupun Saya Tidak Bangga Dengan Diri Sendiri…,” T.O.P Terharu Masih Ada Yang Sokong
Tarikh 6 Julai lalu tentunya sangat bermakna buat ahli tertua grup Big Bang, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun apabila dia tamat servis mandatorinya setelah didapati bersalah menggunakan dadah pada tahun 2017 lalu…
Tarikh 6 Julai lalu tentunya sangat bermakna buat ahli tertua grup Big Bang, T.O.P atau nama sebenarnya Choi Seung Hyun apabila dia tamat servis mandatorinya setelah didapati bersalah menggunakan dadah pada tahun 2017 lalu.
Usai tamat, T.O.P dilihat memuat naik beberapa foto di laman Instaragramnya beserta kapsyen terharu dengan sokongan yang diberikan para peminatnya selama ini.
“Walaupun saya tidak berbangga dengan diri saya, ingin sekali saya memohon maaf sedalam-dalamnya kepada semua peminat yang membazirkan masa dan tenaga untuk berkongsi momen ini bersama saya.
“Saya akan muhasabah diri dan juga membalas segala kesakitan dan kekecewaan yang disebabkan oleh saya. Sekali lagi, terima kasih.
“Semoga berjumpa lagi, T.OP,” tulisnya.
Susulan itu, kelihatan ramai yang mengalu-alukan kepulangan T.O.P.
Sebelum ini, T.O.P menjalankan khidmat negaranya sebagai seorang polis pada Febuari 2017 namun dia ditamatkan perkhidmatan setelah skandal dadahnya tersebar.
Bagaimanapun, pada Januari 2018, dia memulakan servis mandatori sebagai pekerja awam di sebuah muzium dan tamatkan perkhidmatannya pada Julai 2019.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



