Ibu Naeun, Gunho & Jinwoo Hidap Kanser, Kini Sedang Jalani Radioterapi
Sangat mengejutkan!..
Sangat mengejutkan!
Isteri pemain bola sepak, Park Joo Ho iaitu Park Anna dilaporkan mengidap kanser dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan.
Berita tersebut dikongsi sendiri oleh Anna di laman Instagram miliknya.
“Saya tak pandai untuk mengekspresi diri sendiri namun saya tidak mengadakan cerita apabila mengatakan bahawa anda semua adalah tunjang utama saya memperolehi kekuatan untuk menghadapi semua ini.
“Tak sekali pun saya rasa kosong, semuanya disebabkan dorongan dan sokongan anda. Andalah sebab saya berasa sangat tenang dan gembira.
“Terima kasih kepada anda semua yang berterusan memberikan sokongan dan kasih-sayang kepada keluarga saya, walaupun saya kurang aktif namun itu semua adalah disebabkan saya tidak mahu anda rasa down dengan keadaan saya.
“Saya berjanji lepas ini saya akan menjadi lebih terbuka dan berkongsi dengan anda semua. Selain rawatan radioterapi, saya akan terus berusaha melawan sakit ini dengan senyuman. Sekiranya anda ada kehilangan orang tersayang disebabkan sakit ini, kasih sayang saya ada bersama anda,” tulisnya.
Untuk pengetahuan, keluarga Park Joo Ho mula mendapat perhatian ramai melalui rancangan realiti, The Return of Superman. Keletah Naeun, Gunho dan Jiwoo sentiasa menghiburkan para penonton.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






