Somi Seronok Jumpa Peminat Malaysia,Ingin Kembali Dengan World Tour?
Bangga betul bila artis Korea Selatan ambil tahu mengenai peminatnya di Malaysia…
Bangga betul bila artis Korea Selatan ambil tahu mengenai peminatnya di Malaysia.
Dalam satu sesi interview khas K-Variety bersama Idol, Jeon Somi atau lebih dikenali sebagai Somi mengakui bahawa dia sangat teruja untuk bertemu dengan para peminat di Malaysia.
“Ini kali pertama saya ke Malaysia dan semestinya saya sangat teruja untuk bertemu dengan para peminat di sini dan berkongsi mengenai budaya Korea Selatan.
“Sayang sekali saya tak dapat berada lama sebab penerbangan saya kembali ke Korea adalah pada malam ini (Ahad). Saya teringin sekali untuk merasa sendiri budaya Malaysia, makanan… semua sekalilah.
“Mungkin ini petanda untuk saya kembali semula ke Malaysia? Mungkin untuk konsert solo saya?” katanya ketika ditemui di Mokkoji Korea 2022 bertempat di Mitec, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Somi turut berkongsi hasratnya untuk menceburi bidang lakonan jika diberi peluang.
“Ya, jika ada peluang memang saya teringin nak berlakon. Lagipun saya ada tali pinggang hitam dalam Taekwando, mungkin saya boleh bawa watak aksi yang baik? Siapa tahu kan?
“Tapi sekarang saya fokus dulu dalam bidang nyanyian, tarian dan juga seni persembahan, yang lain tu nanti-nantilah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Somi juga turut berkongsi falsafah yang dipegangnya selama menjadi anak seni.
“Saya baru terfikir ayat ini, terus saya tulis di dalam diari. Bunyinya begini, anda tak terlepas masa anda, tapi anda sendiri yang melengahkannya.
“Contohnya begini sentiasa merendah diri, kerja keras dan apa sahaja yang anda buat semuanya bermula dari diri sendiri. Itulah yang saya pegang,” katanya lagi.

Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






