Mokkoji Korea 2022 di Malaysia Meriah!
Sangat meriah, sangat menyeronokkan!…
Sangat meriah, sangat menyeronokkan!
Itulah yang dirasakan oleh para pengunjung Mokkoji Korea 2022 di Malaysia. Bukan sahaja mereka dapat mempelajari budaya Korea Selatan di Malaysia malah dapat juga merasa sendiri makanan, permainan dan juga solekan negera yang terkenal dengan Kdrama dan juga Kpop itu.

Tidak cukup itu, acara yang berlangsung selama 2 hari pada 12 & 13 November bertempat di MITEC, Kuala Lumpur turut membawakan artis Korea Selatan iaitu Moonbin & Sanha, Jeon Somi dan juga grup Blank2y sebagai acara penutup.

Di dalam konsert pendek itu, para pengunjung sempat juga melihat idol kesayangan mereka berkongsi mengenai budaya Korea Selatan. Seronok betul melihat para idol ini begitu bersemangat berkongsi mengenai budaya negara mereka dengan peminat.
Sementara itu, K-Variety Malaysia juga berkesempatan untuk menemu ramah wakil penganjur, Choi Yuri di mana dia berkongsi sebab memilih Malaysia sebagai negara kedua kunjungan jelajah Mokkoji Korea ini.
“Malaysia dan Korea Selatan mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik. Malah, kami melihat bahawa ramai rakyat Malaysia yang mengetahui mengenai Korea Selatan terutamanya dari segi K-drama dan juga K-pop.
“Melihatkan respon yang positif ini, kami mengambil keputusan memilih Malaysia sebagai tanda penghargaan kerana sering memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
“Kami juga sangat terharu melihat bilangan pengunjung yang hadir dan kegembiraan mereka di sini (Mokkoji Korea) membuatkan kami sangat terharu,” katanya.
Bagaimanapun, pihak mereka tidak berani memberikan jaminan bahawa acara ini akan menjadi satu acara tahunan di Malaysia.
“Target kami untuk Mokkoji Korea adalah untuk melawat sebanyak mungkin negara bagi mempromosikan budaya di Korea Selatan. Oleh itu, mungkin agak sukar kami jadikan acara ini sebagai acara tahunan.
“Namun begitu, tak semuanya mustahil kan? Kami mungkin akan datang lagi. Yang penting, kita mempunyai memori yang indah bersama-sama di Mokkoji Korea 2022 di Malaysia,” katanya.

Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






