Ini Dia Foto Terbaru Taeyang & Daesung Di ‘Army’
Foto-foto terbaru menampilkan ahli grup Big Bang iaitu Taeyang dan Daesung yang tersenyum mengundang lega netizen…
Foto-foto terbaru menampilkan ahli grup Big Bang iaitu Taeyang dan Daesung yang tersenyum mengundang lega netizen.
Ini kerana, ramai yang meluahkan rasa risau sekiranya ahli-ahli Big Bang lain turut terkesan dengan isu yang terpalit disebabkan oleh bekas ahli, Seungri.
Ternyata, kedua-duanya kelihatan sihat dan masih mampu tersenyum.
Bagaimanapun, ada juga yang meluahkan bahawa senyuman Taeang dan Daesung itu tidak sepenuhnya dan masih terselit kesedihan di mata mereka.
Dalam pada itu, ada juga yang berspekulasi bahawa ahli-ahli Big Bang tidak terkejut dengan skandal yang melanda Seungri kerana sudah mengenalinya.
Terdahulu, Seungri mengumumkan persaraannya dalam industri hiburan menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.
Dia berbuat demikian setelah skandal berkaitan kelab malam dan ‘jenayah seksual’ mendapat perhatian netizen Korea Selatan menyebabkan dia dikritik hebat.
Foto: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



