Jung Joon Young Dijangka Berdepan Hukuman Penjara Hingga 7 Tahun…
Pelakon dan penyanyi, Jung Joon Young dijangka bakal dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun setengah…
Pelakon dan penyanyi, Jung Joon Young dijangka bakal dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun setengah.
Menerusi rancangan Section TV di Korea Selatan, peguam, Oh So Jinon menjelaskan hukuman yang bakal diterima Joon Young jika dijatuhi hukuman bersalah.
“Kesalahan merakam secara haram kamera tersembunyi itu dan memberikan kepada orang lain tanpa izin oleh mangsa membolehkan dia dijatuhi hukuman sehingga 7 tahun di penjara.
“Jika kes skandal pelacuran itu benar, lagi setengah tahun akan ditambah bermakna 7.5 tahun.
“Berkaitan hukuman mereka yang terlibat dalam ruangan chat bersama Joon Young pula, sukar untuk menentukan jenayah jika hanya menonton klip video haram.
“Akan tetapi jika ada menyebarkan video tersebut kepada lain anda boleh dijatuhi hukuman 5 tahun penjara atau denda sehingga 30 juta won.
“Namun jika kesalahan itu dibuat sebelum undang-undang itu diperbaharui, maka pesalah akan dijatuhi hukuman penjara sehingga 5 tahun dan denda tidak lebih daripada 10 juta won,” jelasnya.
Sebelum ini, Joon Young mengaku bersalah kerana merakam dan menyebarkan video yang dirakam secara haram bersama beberapa wanita.
Setakat ini, polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...



