Ini Perkara Menarik Konsert Hide Out N.Flying Di Kuala Lumpur!
Fuh! Memang hebat, memang mantap habis Konsert sulung N.Flying di Malaysia!…

Fuh! Memang hebat, memang mantap habis Konsert sulung N.Flying di Malaysia!
Bertempat di Zepp, Lalaport Kuala Lumpur, Konsert 2024 N.Flying LIVE Hide Out in Kuala Lumpur menjadi memori yang indah untuk semua N.Fia yang hadir.
So, jom kita refresh memori dan ingat balik apaa perkara menarik yang terjadi semasa konsert.

Konsert bermula pada jam 6.30 petang. Muncul je N.flying atas pentas, memang bingit telinga min dengar jeritan N.fia!
Tiga lagu pertama je dah berjaya buat min terkesima dengan kehebatan vokal Hweseung dan Seunghyub. Ditambah pula dengan aksi alat muzik oleh Hun & juga Dongsung, memang mantap betul ya persembahan dorang!
Saat memperkenalkan diri, semua dok cakap “Apa khabar sayang…”, aduhh cair min dibuatnya.

Masa lagu Star, N.fia bukak flashligh kat telefon masing-masing. Hweseung perasan dan bertanyakan tentang itu masa ment. “Saya perasan korang semua bukak lampu untuk lagu tu, ohhh, sebab nak tunjukkan kat kitorang ni star ke? (senyum) terima kasih,” katanya.
Again, Seunghyub memang handsome teruk ya atas pentas! Dia flirt dengan fans, dia rap hot sangat & dia punya energi memang next level! Tak penat ke melompat 3 jam konsert abang oii?
Untuk lagu Oh Really, Seunghyub tukar lirik jadi ‘Oh Yeke’. Laju eh dia buat kerja!

Lagu Awesome dinyanyikan sebanyak 2 kali. First time Seunghyu yang rap manakala untuk second time, Hweseung yang rap part awal tu. Pastu ada lah dorang buat dance style geli-geli sikit khas untuk fans!
Dah nak habis konsert baru N.Flying perasan yang semua N.fia pakai baju warna merah hitam. “Eh, korang semua pakai baju warna samalah? Kenapa kitorang tak tahu? Kalau tak kitorang pakai kaler sama,” kata Seunghyub

Min dah tak terkira berapa banyak lagu encore yang N.Flying nyanyi masa encore. Dah lah banyak, pastu macam tak nak balik pun ada jugak. Dorang tak henti-henti cakap terima kasih kat N.fia sebab energi dorang malam tu memang next level!
“Terima kasih banyak-banyak kat semua N.fia. Kitorang hepi sangat sebab akhirnya dapat datang ke Malaysia. Dah lama dah kitorang nak datang sini akhirnya dapat juga jumpa korang semua,” kata Hweseung

“Kitorang janji ini bukan kali terakhir kita datang sini. Kami akan cuba untuk datang jumpa korang selalu, janji!” kata Seunghyub pula.
Konsert diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua peminat dan juga tunduk hormat dari kesemua ahli N.Flying. Pemegang tiket VIP berpeluang untuk sesi Goddbye & group photo bersama N.Flying.

Anyways, terima kasih pada organizer iaitu More Entertainment kerana membawa N.Flying ke Malaysia.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…

“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…

May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K