Kep1er Buat Permohonan Maaf Terbuka Sebab Isu Pakai Baju…
Ahli Kep1ler iaitu Yujin dan juga agensi mereka, KLAP Entertainment, telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi berikutan isu pakaian yang dianggap tidak sensitif dan menhina agama Islam…

Ahli Kep1er iaitu Yujin dan juga agensi mereka, KLAP Entertainment, telah mengeluarkan permohonan maaf rasmi berikutan isu pakaian yang dianggap tidak sensitif dan menhina agama Islam.
Untuk pengetahuan, baru-baru ini Yujin memuat naik foto dia memakai pakaian tersebut seterusnya menceruskan kemarahan umat Islam di serata dunia. Malah, turut trending di Laman X #YujinApologiestoMuslim.

Mereka juga menegaskan bahawa ini bukan kali pertama Yujin memakai baju tersebut, dan ia turut pernah dilihat dipakai oleh kumpulan perempuan lain, Badvillain.
Berikutan itu, Yujin membuat permohonan maaf terbuka melalui platform Bubble serta KLAP Entertainment turut mengeluarkan kenyataan maaf.
“Hai, ini adalah KLAP Entertainment.
“Kami telah mengesahkan bahawa Yujin dari Kep1er baru-baru ini memakai pakaian dengan reka bentuk yang menggambarkan kandungan keagamaan, dan kami telah memadamkan semua gambar yang menunjukkan pakaian tersebut.
“Kami sepatutnya memeriksa pakaian dengan lebih teliti sebelum memberikannya kepada artis kami. Kami ingin memohon maaf kepada semua pihak atas kesulitan yang disebabkan oleh kejahilan dan ketidakcekapan kami.
“Sebagai kumpulan yang mempunyai peminat bukan sahaja dari Korea tetapi juga dari seluruh dunia, kami akan lebih berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan.
“Sekali lagi, kami ingin menyampaikan permohonan maaf ikhlas atas kesalahan ini.” kata kenyataan tersebut.
Komen
Memuatkan komen…
Baca juga.

Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...

CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!

Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...
Paling Popular Minggu Ini
- 1

- 2

- 3

- 4

- 5K