Ini Perkara Menarik Semasa Konsert Asia Tour Kim Jae Joong 2022 di Kuala Lumpur!
Semalam merupakan memori terindah buat peminat penyanyi dan pelakon, Kim Jae Joong apabila mereka dapat melihat artis kesayangan mereka beraksi di depan mata…
Semalam merupakan memori terindah buat peminat penyanyi dan pelakon, Kim Jae Joong apabila mereka dapat melihat artis kesayangan mereka beraksi di depan mata.
Bertempat di Plenary Hall KLCC, boleh dikatakan semua kerusi pada malam itu penuh dan juga para peminat turut memakai pakaian berwarna merah sebagai sokongan kepada Kim Jae Joong.
Susulan itu, K-Variety Malaysia ingin berkongsi perkara-perkara menarik yang terjadi semasa konsert pada malam semalam.


- Walaupun sudah berumur 36 tahun tetapi Kim Jae Joong masih lincah beraksi di atas pentas. ‘Stage presence’ beliau sangat best sehinggakan konsert selama 2 jam itu tidak terasa. Tau-tau dah habis.
- Vokal abang Jae Joong memang ‘no joke’. Selamba betul dia tarik lagu tinggi lepas tu boleh melompat-lompat atas pentas. Wow!
- Dia tukar baju sebanyak 5 kali. Ada sekali tu, selamba je dia tukar baju atas pentas. “Mereka dah bagi warning jangan tukar baju atas pentas tapi…,” jelasnya.
- “Abang Jae Joong? Apa tu,” tanya Kim Jae Joong terkejut sebab tak pernah jumpa perkataan ‘abang’. Lepas tu semua peminat panggil dia Abang Jae Joong.
- Dia tercedera semasa membuat persembahan. Nampaklah lututnya berdarah tapi itu tidak menghalang Kim Jae Joong untuk terus memberikan persembahan yang memukau.
- Dia sempat belajar beberapa perkataan melayu seperti ‘Apa Khabar, Terima Kasih dan Cantik’.
- Dia punya ‘fan service’ memang ‘top notch’ dia ada bagi beberapa ‘hadiah’ yang tidak dijangka kepada peminat.
- Disebabkan jadual penerbangannya adalah pada malam yang sama, dia meminta maaf kepada para peminat. Malah sempat buat 90 degrees bow down.
- Kim Jae Joong berjanji akan kembali ke Malaysia dalam masa yang terdekat. “Saya janji lepas ni anda tak perlu tunggu sampai 12 tahun lagi untuk lihat saya kembali ke Malaysia,” katanya.
- Salah satu video menunjukkan perjalanan Kim Jae Joong sebagai seorang idol dan juga penyanyi. Sempat lah peminat imbau kembali zaman oppa muda-muda dulu. Dari TVXQ, JYJ hinggalah sekarang. “Kalau lah saya boleh putar balik masa, saya tetap akan memilih jalan ini. Memanglah ada masa agak sukar dan saya rasa bersalah dengan peminat namun perkara yang terjadi menjadikan saya hari ini,” katanya.
So, secara keseluruhannya, memang best sangat konsert Kim Jae Joong semalam. Terima kasih penganjur iaitu IME kerana membawa oppa ke Malaysia.


Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






