“#MAGICMAN akan kembali dalam masa terdekat,” – Ini Janji Jackson Wang Pada Peminat
Kalau anda tak tahu, ahli GOT7, Jackson Wang merupakan salah seorang yang membuat persembahan di muzik festival Good Vibes Weekender…
Kalau anda tak tahu, ahli GOT7, Jackson Wang merupakan salah seorang yang membuat persembahan di muzik festival Good Vibes Weekender. Memang lit, memang meletop habis. Malah dia juga sempat tanya peminat nak makan kat mana yang sedap.
Walaupun kehadiran Jackson sekejap sahaja tapi memberikan memori yang indah kepada para peminatnya. Seperti biasalah, peminat akan hadir ke lapangan terbang untuk menghantar pulang idol tersebut.
Tapi sayang… kerana Jackson tidak melalui pintu masuk utama. Susulan itu, dia memuat naik satu tweet di laman Twitter dan berjanji akan kembali.
“Hai kesayanganku, #Malaysia
“Kami diberitahu bahawa kami tak boleh melalui pintu masuk utama di lapangan terbang. Jadi, tak dapatlah jumpa siapa yang datang. Tapiiii, terima kasih untuk pengalaman yang tak dapat dilupakan ini.
“Leklok balik rumah tu okay dan #MAGICMAN akan kembali dalam masa terdekat ini,” tulisnya.
Sementara itu, Jackson juga turut memberitahu para peminat mengenai rancangannya untuk ke kedai Mamak selepas membuat persembahan namun, kedai mamak sudah pun tutup.
“Terima kasih kepada peminat yang hadir. Tolong berhati-hati ketika pulang ke rumah dan kekal selamat. Saya nak pergi mamak tapi tutup pukul 1 pula. Esok lah pergi untuk lepak dengan krew.
“Terima kasih sebab bagitahu nak lepak mana. Anda semua memang havoc lah. Saya sayangkan anda,” tulisnya.
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








