“Blinks Fandom Paling Teruk!” – #Blinkscyberbullying Trending Di Media Sosial?
Tak ada angin, tak ada ribut. Tup tup, trending pula di media sosial mengenai peminat grup Blackpink atau lebih dikenali sebagai Blinks yang dikatakan suka membuli idol dan fandom lain…
Tak ada angin, tak ada ribut. Tup tup, trending pula di media sosial mengenai peminat grup Blackpink atau lebih dikenali sebagai Blinks yang dikatakan suka membuli idol dan fandom lain.
Hashtag #Blinkscyberbullying mula trending sejak semalam di laman Twitter apabila netizen berkongsi ‘bukti-bukti’ yang menunjukkan bahawa Blinks (bukan semuanya) adalah pembuli.
“Kepada semua fandom Kpop, salah seorang penterjemah kami dimasukkan ke dalam hospital kerana akaunnya telah digodam dan segala infomasi peribadinya telah didedahkan serta di buli siber oleh Blinks.
“Admin anda boleh jadi mangsa yang seterusnya,” tulisnya.
Susulan itu, ramai yang tampil berkongsi bukti-bukti mereka. Malah, ada juga yang berkongsi pernah menjadi mangsa buli.
“Saya nak kongsi bagaimana Blinks layan saya di Twitter. Sejujurnya, saya tak kenal pun mereka dan tak tahu mengapa mereka bertindak sedemikian.
“Adalah cuba minta tolong armies tapi beberapa orang je yang tolong. Adakah saya mendapat keadilan sewajarnya? Tidak,” kongsinya.
“Blinks adalah dari baka yang sama di mana mereka mengejek seorang kematian seorang kanak-kanak yang mati ditembak hanya kerana dia adalah peminat grup lain,” tulisnya.
“Populariti berbanding moral,” tulisnya.
“Blinks adalah fandom paling teruk dan paling toksik pernah wujud,” – tulisnya.
“Sangat menjijikkan apabila Blinks boleh buat begini dan terlepas pulak tu,” tulisnya.
“Tahniah Blinks,” tulisnya.
Oh my, apa dah jadi ni?
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






