Pelakon, Han Groo Bercerai, Bakal Comeback Ke Dunia Lakonan?
Pelakon, Han Groo dikhabarkan telah bercerai dengan suaminya setelah 7 tahun melalui bahtera perkahwinan. Malah, dia kini dilihat fokus untuk melakukan comeback di dalam dunia lakonan…
Pelakon, Han Groo dikhabarkan telah bercerai dengan suaminya setelah 7 tahun melalui bahtera perkahwinan. Malah, dia kini dilihat fokus untuk melakukan comeback di dalam dunia lakonan.
Perkara tersebut turut disahkan oleh agensi pelakon itu iaitu SBD Entertainment dalam satu kenyataan rasmi.
“Benar, Han Groo telah bercerai secara baik dengan bekas suaminya. Dia juga mendapat hak penjagaan anak. Itu sahaja yang boleh kami kongsikan kerana perkara ini merupakan privasi pelakon tersebut, ” tulis kenyataan tersebut.
Terdahulu, Han Groo yang mula menempa nama melalui drama seperti ‘Scandal’, ‘Marriage, Not Dating’ dan “Can We Get Married’ berkahwin dengan bukan selebriti ketika berusia 23 tahun.

Dia kemudiannnya terus lenyap dari dunia lakonan sehinggalah dia berkeputusan untuk menyertai agensinya kini. Difahamkan aktress tersebut kini dalam proses untuk kembali aktif ke dunia lakonan.
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






