Ini Perkara Menarik Semasa Lee Joon Gi Asia Tour Di Kuala Lumpur!
Siapa sini minat dengan Prince Wang So dari drama Scarlet Heart? Meh sini min nak share something pasal Lee Joon Gi Asia Tour di Kuala Lumpur…
Siapa sini minat dengan Prince Wang So dari drama Scarlet Heart? Meh sini min nak share something pasal Lee Joon Gi Asia Tour <Joongi’s Day Festival> di Kuala Lumpur.
Fuh, sebelum tu… min nak cakap sikit lah, walaupun dah 4 series tapi oppa Lee Joon Gi masih berbisa yaaa! Min balik dari fan-meet tu memang senyum je sampai ke telinga.

First sekali, nama je fan-meet tapi oppa nyanyi lebih 20 buah lagu tau. lagu rancak ada, lagu ballad ada, lagu rap ada dan lagu rock pun ada! Serba boleh ya oppa ni.
Selain itu, oppa juga ada nyanyi 2 lagu original yang digubah sendiri oleh pianist. Dia nyanyi special ya kat fans-fans dia. Tajuknya adalah Delete & Dancing in the Moonlight.

Siapalah oppa tanpa drama-drama lakonan dia kan? Ada satu segmen tu, oppa nyanyi lagu-lagu ost drama-drama dia. Yang paling dapat sambutan mestilah masa drama Scarlet Heart. Fans memang jerit habis time tu. Pastu kat skrin belakang tunjuk pulak babak dari drama tu. Haih, bilalah nak ada season 2 drama tu?
Lagu OST terakhir dia nyanyi adalah lagu In My Heart untuk drama Flower of Evil. Drama ni pun min suka bethol yaa! Rasa nak tengok balik je.

Mesti ramai yang pelik kan ni konsert ke Fan-Meet? Tapi Joon Gi oppa dah explain siap-siap dah. Katanya, dia nak fans enjoy sama-sama sebab tu dia menyanyi dan menari sebab nak bagi fan-service terbaik pada peminat.
Tapi, oppa sempat jugak buat apa yang fans nak. Ada dua benda fans minta, satu buat 5 cute pose dan satu lagi minta buat Lee Joon Gi tunjuk scene aksi atas pentas. Dua-dua oppa bagi yang thorbaik!

Oppa buat kejutan nyanyi lagu Bruno Mars, Marry you & Uptown Funk. Lepas tu, sekali lagi dia tunjuk skill rap dia untuk lagu Like That nyanyi Psy & BTS Suga and last sekali dia nyanyi lagu Jongkook, Standing Next To You.
“Nyanyian saya okay tak? Korang semua perasan tak itu suara saya. Saya tak miming tau. Saya nyanyi lagu tu (Standing Next To You),” katanya.

Masa lagu Marry You, in-ear oppa ada masalah jadi dia macam kelam-kabut nak betulkan. Jadi oppa minta maaf kat fans sebab dia macam tak fokus. Apa-apapun tetaplah mantap ya oppa.
Sebelum habis, oppa juga minta maaf sebab lambat nau nak datang Malaysia. Dia kata terima kasih kat semua dan cuba untuk selalu singgah Malaysia. Banyak juga Bahasa Malaysia yang oppa belajar. Thank you oppa <3.

Akhir sekali, semua fans dapat goodbye session dengan oppa, dia sangatlah sabar melayan semua fans yang hadir! Pastu siap boleh record ya! Oppa balas heart min!
Anyways, thank you pihak penganjur sebab jadikan malam tu malam terindah untuk semua peminat.

Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








