Fan Meeting Paling Demure, Paling Cutesy! Bang Ye Dam Bagi-bagi Senyum dan Fan Service Terbaik untuk BY:D
Alahai, Min sebenarnya masih lagi teringat-teringat kecomelan, kenakalan Bang Ye Dam masa Fan-Meeting dia…
Alahai, Min sebenarnya masih lagi teringat-teringat kecomelan, kenakalan Bang Ye Dam masa Fan-Meeting dia di Zepp, Kuala Lumpur pada hari Sabtu lalu. Susah nak move on!

Apa tak nya, dia punya hyper tu, sampai emcee, Natalie pun pening kepala nak layan. Pastu, senyuman memang sepanjang masa melekat kat muka dia. Betul seronok eh dapat jumpa dengan BY:D Malaysia?
Okaylah Min tak mahu nak gate-keep sorang-sorang apa yang jadi masa Fan-Meeting tu, meh sini Min share perkara-perkara menarik yang terjadi.

Semua fans atau lebih dikenali sebagai BY:D memang pakai ikut tema ya iaitu Denim. Tapi ramai jugak yang pakai baju warna putih biru. Memang lawa lah.
Awal-awal lagi Bang Ye Dam dah buat fans cair bila cakap “Maceh” pastu buat aksi comel. Mana lah dia belajar tu? Pastu muka dia malu habis. Aigoooo kiyowo!

Dalam segmen buat apa yang fan minta dalam post-it note, Bang Ye Dam ada sebut “Selamat malam sayang.”
Ada yang minta Bang Ye Dam spoiler untuk comeback dia pada 29 Ogos nanti, tapi dia kata tak boleh. So BY:D kena banyak bersabar ya?

Di akhir segmen, emcee pilih satu permintaan untuk Bang Ye Dam nyanyi lagu melayu. Lah, member terus nyanyi lagu ‘Cute’. Memang menjeritlah semua BY:D!
Selepas itu, Bang Ye Dam buat surprise nyanyikan lagu sambil mainkan piano. Dia sempat nyanyi lagu Magnetic dari kumpulan Illit. Yang bestnya, semua lagu, BY:D sing-along ya. Sampai satu masa, Ye Dam tarik keluar ear-piece dia sebab nak dengar fans menyanyi.

Bang Ye Dam turun pentas dua kali. Paling best bila Ye Dam turun, BY:D sangat tenang ya. Jeritan tu ada lah tapi takdelah adegan tarik-menarik ke apa. Pastu, fan-service dia memang top-notch lah! Tak terkira berapa banyak fon dia ambil untuk selfie, pastu siap sign autograph lagi.
Bang Ye Dam terharu sangat-sangat dengan sambutan BY:D Malaysia dan dia janji akan cuba datang lagi.

Ada part game dengan peminat, Ye Dam diminta buat aksi Silat. Manalah member tahu kan? Bila BY:D cakap salah, dia cakap lah dia tak tahu silat dia tahu boxing jer. So kenalah peminat ajar aksi bersilat tu.
“Bila tengok korang semua, barulah saya rasa saya ni sebenarnya penyanyi. Tapi, korang semua memang terbaik lah,” katanya selepas menonton video khas BY:D kepadanya. Dia juga dapat hadiah baju melayu daripada peminat. Next time pakai baju melayu okay adik?

Bang Ye Dam buat kejutan apabila dia minta untuk nyanyi encore kedua pada malam fan-meeting tu. Semua sebab nak sing-along sama-sama dengan BY:D. Semua BY:D yang hadir dapat hi touch dengan Bang Ye Dam! Untungkan semua?

Fan Meeting Bang Ye Dam: Be Your D dibawakan oleh penganjur, LOL Asia.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






