“Selamat Malam Sayang,”, Tunjuk Aksi Comel, Ini Antara 12 Perkara Menarik Fan Concert DOH KYUNG SOO Di Kuala Lumpur!
Bayangkan, siapa je idol yang dah umur 31 tahun tapi boleh buat semua fans jatuh cinta berkali-kali. Doh Kyung Soo je yang boleh!…
Bayangkan, siapa je idol yang dah umur 31 tahun tapi boleh buat semua fans jatuh cinta berkali-kali. Doh Kyung Soo je yang boleh! Itulah apa yang EXO-L rasa ketika menghadiri Fan Concert Doh Kyung Soo bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada 17 Ogos lalu.

Masa Min sampai, dah kelihatan ramai peminat mengikut tema pakaian iaitu Sky Blue sambil memegang lightstick EXO-L. Waktu tu awan sudah kelihatan mendung. Mujurlah semua fans sempat masuk sebelum hujan turun dengan lebatnya. Macam tau-tau je nak sambut abe DO.
Meh sini Min nak share 12 perkara menarik yang terjadi semasa konsert. Rasanya, ramai lagi yang masih terjebak dengan Post Concert Syndrome (PCD) kan?

D.O membuat kemunculan pertama di atas pentas menyanyikan lagu Mars. Selesai membuat persembahan, dia sempat memuji semua EXO-L yang hadir kerana mengikut tema pakaian.
“Korang semua mungkin tak perasan tapi dari pentas ni, cantik betul ya warna korang semua,” pujinya.
Dalam segmen pertama, DO sempat buat ucapan selamat malam buat semua EXO-L.
“Selamat malam, sayaaaaangggg,” ucapnya.

Tiga peminat bertuah dapat ambil gambar dengan DO tau. Tapi dari tempat duduk dorang dan DO kat atas pentas lah. Salah seorang peminat tu lelaki tau. Dan yang terakhir tu, peminat siap pakai penguin atas kepala. Betul minat tu!
DO share pengalaman kelakar dia mengenai teh tarik.
“Masa tu nak makan, pastu saya ingatkan dalam bungkusan tu sos lah. Jadi saya letak lah dalam mangkuk. Bila dah tuang baru perasan kenapa sos ni cair sangat pastu banyak pulak tu. Bila saya rasa, ohhh teh tarik. Tapi sedap teh tarik tu,” kongsinya.

DO turut berkongsi dia makan laksa, roti tisu dan lain-lain. Tapi feveret dia Laksa lah. Min terfikir jugak laksa apa dia makan? Kita kan ada banyak jenis, Asam Laksa, Laksa Utara, Laksa Sarawak, Laksa Johor. Mana satu ek?
Ketika segmen baca nota post-it dari peminat. DO Kyung Soo terkejut dapat ugutan dari peminat. Ugutan itu berbunyi begini; “DO Kyung Soo, kamu nak mati ke atau nak date saya?”
“Siapa kamu? Kamu duduk kat mana (sibuk mencari) Saya tak boleh mati gais, hahahahaha,” katanya.

DO juga turut menyanyikan beberapa lagu yang direquest oleh peminat. Antaranya adalah Lucky, All of Me, Boyfriend dan Overdose.
Rupanya, segmen lepas tu pun, DO kena nyanyi jugak untuk fans dia. Antara lagu yand dia nyanyikan adalah The View, Rose, Wonders, Small Girl oleh Lee Young Ji dan juga Goodbye Summer. EXO-L sing along untuk semua lagu ini!

Tamat sesi untuk fans, DO menghiburkan EXO-L dengan lagu-lagu dari album terbarunya termasuklah dengan lagu popcorn. Masa lagu popcorn, DO tak dapat tahan ketawa sebab fan-chant kuat betul. Mesti dia rasa EXO-L semua comel sangat!
Selesai surprise video, fan sepatutnya kena nyanyi lagu untuk DO. Tapi, last-last kena stop sendiri dengan dia.
“Chamkan stop! Korang tau tak saya dengar apa sekarang ni? (nyanyi secara kelam-kabut). Korang tak boleh ke nak nyanyi semua serentak sama-sama? Okay, saya tak tahu lagu apa korang nyanyi, so lepas kiraan satu, dua, tiga korang start nyanyi tau,” katanya.

DO janji dia akan cuba untuk selalu singgah Malaysia lepas ni. Sempat jugak fans minta janganlah datang sorang-sorang ahli EXO ni semua. Habis duit oii!
Masa sesi send-off, DO nyanyi 5 lagu request dari fans. Antara lagu yang dia nyanyi, Peter Pan, Overdose, Monster dan Don’t Go. Masa send-off tak boleh record.

Okay, itu jelah yang Min nak kongsi semasa Doh Kyung Soo fan-concert di Kuala Lumpur. DO punya kecomelan tu, sampai harini Min masih dok senyum-senyum ya. Thank you penganjur, UnUsUaL Entertainment sebab bawa DO ke Malaysia.
Baca juga.
Setelah Bertahun Menunggu, Akhirnya Kim Junsu (XIA) ‘Belanja’ Konsert 2 Jam Setengah di KL, Siap Mintak Durian Weh!
Rakyat Malaysia, khususnya peminat K-Pop second gen, akhirnya boleh menarik nafas lega! Setelah sekian lama menanti penuh kesabaran…
“EXO-L Adalah Rumah Kami” – EXO Janji Akan Kembali Ke Malaysia ‘Soon’!
Konsert berprestij yang paling dinanti-nantikan oleh ribuan pendengar setia K-Pop, khususnya para EXO-L (fandom rasmi EXO), EXO Planet #6 – EXhOrizon in Kuala Lumpur…
May ‘Diselamatkan’ Putera Mereka! Park Ji Hoon Curi Hati Peminat di Kuala Lumpur
Setelah sekian lama menanti, akhirnya peminat penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Park Ji Hoon berpeluang menyaksikan idola mereka beraksi secara langsung di Malaysia…








