Ini Perkara Menarik Semasa Program Annyeong Kawan Bersama Lee Jae Wook
Para peminat drama Alchemy of Souls, sila take note!…
Para peminat drama Alchemy of Souls, sila take note!
Semalam, berlangsung sudah program Annyeong Kawan Lee Jae Wook, di mana pelakon drama Alchemy of Souls meluangkan masa dengan peminat-peminat di Malaysia.
Bertempat di PJPAC, One Utama, dianggarkan lebih 600 orang memenuhi kawasan tersebut seawal jam 5 petang lagi.
Jom, K-Variety nak kongsi dengan anda 10 perkara menarik yang berlaku semasa program Annyeong Kawan ini.
- Persembahan pembukaan oleh pelakon dan rapper, Kisum. Untuk pengetahuan, dia menyertai pertandingan Unpretty Rapstar musim pertama dan Show Me The Money, musim ketiga.

- Lee Jae Wook menukar baju sebanyak 2 kali semasa program ini.
- Dia berkongsi mengenai dirinya seperti hobinya yang suka bermain basikal dan juga berski.
- Tahu tak rupanya pelakon watak Jang Uk ini ada habit sebelum tidur? Dia kena jerit hooray dulu.

- Lee Jae ada beberapa kali cuba berbahasa Melayu, antaranya adalah ‘Apa khabar’ dan ‘Jom Kahwin’.
- Fan-sercive dia memang tip-top! Dia sangat rajin melayan peminat malah terharu dan malu-malu dengan respon agresif para peminat.

- Sama seperti peminat lain, Lee Jae Wook jugak tertunggu-tunggu setiap episod bahagian kedua drama Alcehmy of Souls. Dia juga tanya pada peminat siapa Naksu dan siapa Mudeok. Of coz lah fans angkat tangan untuk kedua-duanya.
- Beberapa fans bertuah dapat bergambar dengan Lee Jae Wook atas pentas. Jeles teruk!
- Bila ada fans cakap nak pergi Korea sama-sama, Lee Jae Wook cakap “Jom naik kapal terbang sekarang.”

- Sebelum balik, dia bergambar ramai-ramai dengan peminat! Harap Lee Jae Wook akan pilih Malaysia sebagai salah satu lokasi fan-meetingnya tahun hadapan.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






