Kenali Lee Jae Wook, Yang Memegang Watak Jang Uk Dalam Alchemy Of Souls
Drama Alchemy of Souls boleh dikatakan drama terbaik untuk menutup tirai 2022…
Drama Alchemy of Souls boleh dikatakan drama terbaik untuk menutup tirai 2022. Dengan jalan cerita yang nyata berbeza dari Hong Sisters, membuatkan ramai yang tertunggu-tunggu setiap episodnya.
Untuk pengetahuan, drama ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Alchemy of Soul yang ditayangkan pada Jun – Ogos lalu dan Alchemy of Souls: Light and Shadow yang baru sahaja bersiaran pada 10 Disember lalu. Setakat ini, bahagian kedua drama ini baru mempunyai 4 episod namun ratingnya sudah pun tinggi.

Antara yang menarik perhatian semestinya pemegang watak utama iaitu Jang Uk yang dilakonkan oleh Lee Jae Wook. Perbezaan karakter yang dibawanya dari bahagian pertama hingga kedua ini membuatkan ramai yang mula mengambil tahu perihal aktor ini.
Susulan itu, jom K-Variety nak berkongsi mengenai pelakon ini;
- Lee Jae Wook dilahirkan pada 10 Mei 1998 dan merupakan seorang pelakon dan model.

- Dia mempunyai ketinggian 187 cm.
- Memulakan debut lakonan di dalam drama Memories of Alhambra. Jika anda tak perasan, dia ni kawan Chanyeol yang buat game tu sama-sama.
- Dia juga mula mendapat perhatian apabila memegang watak Baekyung di dalam drama Extraordinary You yang turut menampilkan Rowoon Sf9 dan Kim Hye Yoon. Mereka bertiga kekal berkawan baik sehingga kini.

- Selain itu, dia juga membintangi drama Search: WWW dan Do Do Sol Sol La La Sol.
- Tahun depan (2023) dia akan mengadakan Asia Tour Fan-Meeting yang pertama dan jualan tiket di Seoul habis dalam masa 1 minit!
- Personaliti MBTI Lee Jae Wook adalah ESFP (the entertainer)

Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






