IU Juga Dikecam Sebab Tak Tinggalkan Mesej Buat Sulli Sedangkan…
Nampaknya ada selebriti lain yang dikecam selain ahli F(X), Krystal yang dikecam kerana tidak memuat naik post khas buat Sulli yang meninggal dunia pada Isnin lalu.
Nampaknya ada selebriti lain yang dikecam selain ahli F(X), Krystal yang dikecam kerana tidak memuat naik post khas buat Sulli yang meninggal dunia pada Isnin lalu.
Ramai mengetahui hubungan baik antara mendiang Sulli dengan penyanyi dan pelakon, IU atau nama sebenarnya Lee Jieun.
Namun begitu, sama seperti Krystal, IU juga tidak memuat naik post memorial terhadap Sulli atau nama sebenarnya, Choi Jinri membuatkan dia dikecam ramai.
Bagaimanapun, ada yang tampil mempertahankan IU mengatakan bahawa penyanyi lagu My Happy Ending itu setia berada di samping Sulli sepanjang majlis memorial Sulli yang dibuat selama 3 hari di hospital.
“IU ada ketiga-tiga hari memorial Sulli di hospital. Kerana mereka sangat rapat, IU kelihatan sedih sekali,” kata sumber tersebut.
Majlis pengebumian Sulli diadakan semalam dan diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.
Difahamkan kesemua ahli F(X) hadir pada majlis pengebumian tersebut.
Dalam pada itu, lagu yang ditulis khas IU kepada Sulli bertajuk ‘Peach’ turut melonjak naik di laman digital seperti youtube, Itunes dan juga Spotify dan Joox.
Sumber: Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




