“Sejak Bila Kita Dikawal Oleh Media Sosial?”- F(X) Victoria
Setelah lama berdiam diri dan hanya menjadi ‘by-stander’ akhirnya ketua grup F(X), Victoria memuat naik status mengenai buli siber dan komen jahat di laman media sosial…
Setelah lama berdiam diri dan hanya menjadi ‘by-stander’ akhirnya ketua grup F(X), Victoria memuat naik status mengenai buli siber dan komen jahat di laman media sosial.
Dia berbuat demikian menerusi laman media sosialnya, semalam.
“Sejak bila kita dikawal oleh media sosial? Untuk mengukur moral seseorang, untuk mengukur hubungan dengan seseorang, untuk mengukur semua yang boleh diukur, ia sepatutnya jadi tempat untuk kita berkongsi dengan orang ramai tapi sekarang ia jadi tempat untuk kita menunjuk pulak.
“Kalau kita nak muat naik sesuatu, kita buat dan kalau kita tak nak, tak nak lah. Tiada empati, yang ada hanyalah prejudis peribadi.
“Dalam dunia yang serba palsu ini, kita tak dapat mencari diri kita. Orang ramai sepatutnya berjalan di alam realiti. Tolonglah jangan membazir masa anda.
“Janganlah sesuka hati bagitahu orang macam mana dia nak jalani kehidupannya. Ada batasnya kalau nak bagi amaran atau nasihat walaupun niat anda baik jadi janganlah melampaui batasan itu.
“Jaga tepi kain diri sendiri. Hidup dalam dunia kini. Kalau anda ada hati yang baik, itu dah memadai,” tulisnya.
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





