Sweet Sangat Kejutan Twice Mina Kepada Once!
Semalam, grup Twice mengadakan majlis ulang tahun keempat kumpulan tersebut bertempat di Gimnasium Universiti Hwajeong, Seoul Korea Selatan…
Semalam, grup Twice mengadakan majlis ulang tahun keempat kumpulan tersebut bertempat di Gimnasium Universiti Hwajeong, Seoul Korea Selatan.
Umum mengetahui bahawa salah seorang ahlinya, Mina kini dalam tempoh berehat kerana masalah kesihatan.
Bagaimanapun, tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama Once di majlis ulang tahun grup tersebut, Mina membuat kemunculan khas di event itu.
Dia dilihat sempat menari dan menyanyi untuk beberapa lagu dan juga berinteraksi dengan peminat buat beberapa ketika.
Ternyata, ini merupakan hadiah yang sangat bermakna buat Once apabila dapat melihat OT9 di atas satu pentas.
Sebelum ini, Twice hadir ke Malaysia untuk konsert jelajah mereka namun Once Malaysia harus berpuas hati melihat hanya 8 ahli diatas pentas kerana masalah kesihatan Mina.
Apa-apapun, speedy recovery kepada Mina ya. Hwaiting!
Sumber: Allkpop
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





