“Sulli Ada Jumpa Saya Mengaku Pernah Cuba Ambil Nyawanya Sendiri,” -Pastor Kim Hyungkook
Mendiang Sulli pernah cuba mendapatkan pertolongan berkaitan dengan masalah depresi yang dialaminya…
Mendiang Sulli pernah cuba mendapatkan pertolongan berkaitan dengan masalah depresi yang dialaminya.
Perkara itu didedahkan oleh pastor, Kim Hyungkook apabila dia berkongsi pertolongan yang dihulurkan kepada pelakon drama To The Beautiful You itu, dua tahun lalu.
“Keputusan selebriti untuk mengambil nyawanya sendiri dilaporkan oleh berita. Selalunya bila saya lihat berita sebegini saya hanya pandang sekali lalu sahaja.
“Namun kali ini ia agak sukar untuk dilakukan. Sulli datang ke ofis saya dua tahun lalu setelah diperkenalkan oleb kenalan.
“Dia ada kepercayaan dan agama akan tetapi perasaan insecure dan tidak berdaya melebihi segala-galanya.
“Dia mengakui pernah cuba membunuh diri sebelum ini. Saya tidak terfikir yang keadaannya ketika itu adalah teruk. Jadi saya katakan yang saya boleh bantu ubati ‘luka’ itu tapi lebih baik jika dia sendiri menyelesaikan masalah itu.
“Saya kenalkan dia dengan kenalan dan syorkan dan menyertaikan kelas kitab. Saya benar-benar berharap dia dapat sembuh jika dekatkan diri dengan tuhan.
“Tapi selepas beberapa kelas, dia berhenti atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya sering lihat dia di kaca tv. Sebelum ini, saya tidak berminat tapi selepas bertemu dengannya, saya berasa risau dan sedih setiap kali melihat berita berkaitan Sulli.
“Kadang-kadang saya akan menghantar SMS atau emakl bertanyakan khabar namun tidak mendapat jawapan.
“Berat hati saya memikirkan yang saya gagal membantu seseorang dalam masalah. Mungkin hati saya gagal untuk mengesan krisis sebegini. Saya berdoa agar dia dapat berehat dengan tenang di sisi tuhan,” tulisnya.
Minggu lalu, Sulli ditemui dirumahnya dipercayai menggantung dirinya di tingkat dua rumah tersebut.
Majlis pengebumiannya diadakan secara tertutup dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.
Sumber:Koreaboo
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...




