“Jonghyun, Kami Ingat Awak…Keluarga SMTOWN,” – Genap 365 Hari Pemergian SHINee Jonghyun
Hari ini merupakan genap setahun pemergian Jonghyun pada 18 Disember 2017…
Hari ini merupakan genap setahun pemergian Jonghyun pada 18 Disember 2017.
Susulan itu, Syarikat pengurusannya, SM Entertainment membuat satu video khas tribute buat penyanyi itu.
Dalam video berdurasi satu minit itu menampilkan memori-memori indah Jonghyun sepanjang kehidupannya.
Di hujung video itu terdapat satu mesej khas daripada keluarga SMnya itu.
“Jonghyun, Kami ingat awak, kami akan selalu menyanyangi awak. Keluarga SMTOWN,” tulisn mesej itu.
Di ruangan komen, kelihatan ramai peminat meninggalkan komen mengakui merindui idol tersebut.
Jonghyun ditemui tidak sedarkan diri di sebuah apartment namun disahkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital.
Kehilangan mengejutnya itu nyata membuat seluruh Shawol (SHINee fandom) bersedih.
Foto: Twitter
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...





