Park Seo Jun Skuad Sambut Birthday Dalam Kolam Renang?
Pelakon, Park Seo Jun muat naik foto bersama rakan-rakannya di dalam kolam renang, antaranya adalah rakan pelakon, Park Hyung Sik dan Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai BTS, V…
Pelakon, Park Seo Jun muat naik foto bersama rakan-rakannya di dalam kolam renang, antaranya adalah rakan pelakon, Park Hyung Sik dan Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai BTS, V.
Di ruangan kapsyen, Seo Jun menerangkan bahawa mereka berkumpul bagi meraikan hari lahirnya pada 16 Disember lalu dan juga hari lahir V pada 30 Disember ini.
“Hari lahir saya datang lagi dan beberapa hari lalu saya tidak sempat untuk meraikannya. Walaupun agak lewat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan teman-teman.
“Saya akan berusaha lebih keras lagi pada masa akan datang, saya sayang semua,” tulisnya.
Seo Jun, Hyung Sik dan V mula rapat ketika mereka berlakon bersama dalam drama Hwarang sebelum ini.
Malah, para pelakn Hwarang juga turut hadir memberikan V sokongan ketika konsert BTS di Korea Selatan tahun lalu.
Amboi, bagaimana agaknya kalau K-Variety nak join skuad ini ya?
Foto: Instgaram
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






