“Paling Gembira Bila Menari,”- EXO Kai bakal Muncul Dengan Album Solo?
Umum mengetahui bahawa ahli EXO, Kai atau nama sebenarnya Kim Jong-in merupakan penari utama dalam grupnya itu. ..
Umum mengetahui bahawa ahli EXO, Kai atau nama sebenarnya Kim Jong-in merupakan penari utama dalam grupnya itu.
Menurut Kai, sehingga kini dia masih bekerja keras setiap kali berlatih menari.
“Menari adalah satu perkara yang saya suka buat dan saya ingin melakukan lebih lagi berbanding menjadi lebih baik.
“Saya dah melakukannya untuk satu tempoh yang lama dan paling gembira bila saya menari. Saya juga seronok dapat menghabiskan masa dengan ahli-ahli EXO yang lain,” katanya ketika rancangan radio yang dihoskan oleh Moon Hee Jun.
Tambahnya lagi, dia kini berasa sangat gembira.
“Saya dah gembira sejak (EXO) debut lagi sebab saya buat apa yang saya idamkan tapi kebelakangan ini saya rasa lebih matang dan mempunyai lebih banyak peluang berbanding dahulu.
“Saya juga sangat baik dengan ahli-ahli yang lain,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Kai juga seperti memberi hint bakal muncul dengan album solo saat disoal sama ada pernah terfikir untuk berbuat demikian.
“Mestilah ada tapi itu adalah rahsia,” katanya.
Sumber: Soompi
Baca juga.
Lee Junho Hangatkan Acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil
Kemeriahan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO Malaysia diteruskan dengan penuh bertenaga...
CUCKOOTOPIA 2026: Lee Junho, TokTi & Barisan Artis Hangatkan Ulang Tahun Ke-12 CUCKOO di Stadium Merdeka!
Stadium Merdeka kembali ‘hidup’ dan bergegar hebat apabila hampir 15,000 penonton membanjiri konsert mega CUCKOOTOPIA – Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan Oleh AMT 2026!
Mamamoo Gegar KL: Belum Malam Dah Lapar, Peminat Terhibur Gelagat ‘Millennial’ di Unifi Arena!
Selepas tiga tahun dinanti-nantikan, kumpulan vokal sensasi K-pop, Mamamoo, akhirnya kembali menggegarkan pentas Malaysia...






